Friday, 27 February 2015

MINGGU KESEPULUH : PERBINCANGAN KESIMPULAN PROJEK DAN MERANGKA VIDEO AKHIR PROJEK LADA HITAM.

TARIKH : 27/02/2015

KESIMPULAN PROJEK

  1. Jika Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd ingin menjadi pengusaha dan pemilik lada hitam perlulah mendaftarkan syarikat di bawah Skim Peyimpanan Dan Pemilikan Lada (SPPL). Skim ini bertujuan untuk menggawal pemilikan dan meringinkan tekanan jualan lada pada masa hadapan.
  2. Pemasaran sesuatu produk memerlukan strategik yang unik bagi membolehkan produk tersebut berdaya saing di pasaran kelak. Ciri-ciri keunikan tersendiri amat perlu dipertimbangkan. Bagi Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd telah menggunakan keunikan produk (USP) iaitu merupa satu-satunya pusat pengumpulan produk berasaskan lada hitam dalam satu penjenamaan.
  3. Promosi yang dilakukan tersebut perlulah bersesuaian dengan jenis produk, masa, keperluan dan kehendak pelanggan. Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd merupakan pengeluaran produk makanan. Produk lada hitam kebiasaannya tidak mempunyai jangkaan permintaan kerana ianya produk kelangsungan hidup. Keperluan dan kehendak pelanggan juga dititikberatkan agak kedua-duanya seiring dengan pengeluaran produk lada hitam Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd.
  4. Sumber manusia pula, Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd perlu menitikberatkan pemilihan pekerja berkualiti dari segi kecekapan pekerja dan mempunyai pengetahun asas lada hitam. Hal ini kerana sumber manusia merupakan nadi bagi sesebuah organisasi. Pekerja-pekerja perlu diberi latihan pembagunan kerana tanaman lada memerlukan pekerja yang terlatih dan berkemahiran bagi meningkatkan produktiviti Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd.
  5. Operasi Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd hendaklah dijalankan dengan lancar seperti pengurusan kualiti produk, pengurusan inventori produk dan juga urusan dengan pembekal dan pengedar Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd perlu diberi perhatian agar operasi syarikat tersusun.
  6. Bagi Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd yang baru memulakan perniagaan bolehlah memohon pinjaman dari pihak bank, MARA dan badan-badan yang memberi pembiayaan perniagaan. Pengurusan kewangan mesti teratur dan segala akaun berkaitan Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd perlulah direkod supaya dapat melihat prestasi syarikat.

Thursday, 26 February 2015

MINGGU KESEMBILAN : SESI TEMUBUAL DAN KESIMPULAN BAHAGIAN PEMASARAN



SESI TEMUBUAL

Tarikh                          : 17/2/2015
Masa                            : 9.00 Am-10.30am
Tempat                        : Lembaga Lada Malaysia Cawangan Bintulu (Saraspice)

Nama                           : En Clifford Terry Ningkan
Jawatan                       : Penyelia Cawangan Bintulu
Video                          :


KESIMPULAN

Berdasarkan sesi temubual ini kami telah mempelajari pelbagai kaedah dan strategik pemasaran produk dalam sesebuah organisasi. Melalui sesi temubual ini dapatlah kami kaitkan dengan projek kami iaitu rancangan perniagaan, Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd.

  1. Produk lada Saraspice menggunakan saluran Lembaga Lada Malaysia kerana produk Saraspice dikawal dan diseliakan oleh Lembaga Lada Malaysia maka harga ditentukan oleh Lembaga Lada Malaysia.
  2. Kebanyakan produk di export ke luar negara bagi memperluaskan pasaran lada. Antaran negara tersebut ialah Singapura, Korea, Japan dan Negara-Negara Eropah. Skop pasaran antarabangsa lebih meluas berbanding pasaran tempatan.
  3. Bagi mendapatkan bekalan Saraspice telah menggunakan pasaran hadapan lada fizikal (PHLF). Program ini bertujuan untuk mekanismakan pasaran yang wujud untuk memudahkan para pekebun menjual sebahagian stok mereka pada masa hadapan. Pekebun dapat menjamin pendapatan pada paras harga ditetapkan ketika proses penghantaraan.
  4. Lembaga lada Malaysia mengikuti program-pogram seperti pameran halal showsace (MIHAS),MAHA, INOVASI MPB, East Asia Plant Variety Protection (EAPVP), pameran jelajah di Kelantan, perlis, Terengganu dan acara tahunan seperti  PAPER DAY, demonstrasi masakan selebriti bagi memasarkan dan mengkomersialkan lada hitam.
  5. Antara jenis produk lada hitam yang dipasarkan adalah makanan seperti sos lada, Gula-gula lada dan serbuk lada. Bagi barangan kosmetik seperti pencuci muka, minyak wangi, juga dipasarkan secara Eksport.
  6. Melalui pemerhatian kami produk Saraspice mempunyai nilai dalam pembungkusan mereka. Mereka memaparkan bungkusan yang menarik seperti gambar dibawah : 









Sunday, 8 February 2015

MINGGU KESEMBILAN : SESI PERBINCANGAN BAHAGIAN PEMASARAN.

TARIKH : 08/02/2015
Kami diminta untuk melakukan perbincangan projek lada hitam yang bakal diadakan sesi temubual bahagian pemasaran. Dalam perbincangan ini, kami telah menganalisis dan mengkaji strategik dan pengurusan pemasaran melalui bahan bacaan. Kami juga telah merangka soalan yang bakal diajurkan pada sesi temubual nanti.

SESI PERBINCANGAN :

  1. Pengurusan pemasaran merangkumi perancangan, perlaksanaan dan pengawalan program atau aktiviti pemasaran (strategi) dengan tujuan untuk menyesuaikan sumber-sumber dan objektif organisasi dengan peluang-peluang pasaran yang sentiasa berubah yang terdapat di luar organisasi.
  2. Tujuan pemasaran adalah melakukan pertukaran antara dua pihak iaitu pembeli dan penjual. Pertukaran mengwujudkan tujuan ekonomi kerana ia melibatkan sesuatu yang bernilai antara dua pihak.
  3. Pemasaran sebagai satu proses merancang dan melaksanakan konsep, meletakkan harga, mempromosi dan mengedarkan produk, idea dan servis untuk membentuk pertukaran bagi memenuhi objektif individu atau syarikat dalam dunia keusahawanan terutama dalam dunia persaingan. Secara ringkasnya, pemasaran boleh digambarkan seperti berikut:


MINGGU KELAPAN : SESI TEMUBUAL DAN KESIMPULAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA.

SESI TEMUBUAL

Tarikh                   : 06/02/2015
Masa                     : 3.00 petang – 4.00 petang
Tempat                  : BDA  Bintulu Development Authority, Wisma Bintulu





Nama                    : Puan Nurul Asyikin
Jawatan                 : Penolong Pegawai Takbir Sumber Manusia
Video                    :
Gambar


KESIMPULAN

Berdasarkan sesi temubual ini kami telah mempelajari pelbagai kaedah dan cara pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi. Melalui sesi temubual ini dapatlah kami kaitkan dengan projek kami iaitu rancangan perniagaan, Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd. 

Bahagian sumber manusia mempunyai 2 seksyen iaitu :
  1. Seksyen perkhidmatan sumber manusia.
  2. Seksyen pembanggunan sumber manusia.

Bagi seksyen perkhidmatan sumber manusia ini berfungsi sebagai:
  1.  Pengambilan pekerja untuk kekosongan bagi sesuatu jawatan.
  2. Mengesahkan jawatan pada pekerja.
  3. Memberikan pengiktirafan kepada pekerja yang berpotensi untuk kenaikan pangkat.

Bagi seksyen pembanggunan sumber manusia pula berfungsi sebagai:
  1. Menghantar pekerja ke seminar ataupun kursus yang berkaitan dengan bidang kerja mereka.
  2. Mengagihkan pekerja yang telah diterima oleh institusi dengan jawatan yang sesuai mengikut kelayakan mereka.

Bahagian sumber manusia mempunyai pelbagai cara untuk mengambil pekerja. Antara cara yang dilakukan ialah :
  1. Mengiklankan pada surat khabar ataupun E-equiment (sistem pengambilan pekerja secara online).
  2. Mengikut pada skim perkhidmatan yang dikeluarkan oleh JPA melalui kelayakan yang sesuai bagi sesuatu jawatan.
  3. Membuat interview kepada orang yang terpilih dan keputusan pengambilan pekerja akan dikeluarkan sebelum 3 bulan.

Selain daripada itu, bahagian sumber manusia juga mempunyai banyak pekerja lantikan yang berbeza. Antara pekerja lantikan yang ada ialah:

Pekerja lantikan sementara.
  • Tempoh percubaan 3 tahun.
  • Akan diberikan borang penilaian pretasi dan markah tahunan.
  • Jika prestasi dan markah tahunan bagus mereka akan diserap masuk menjadi pekerja tetap.

 Pekerja lantikan tetap
  • Pekerja lantikan berasakan jawatan caruman.
  •  Jawatan berasaskan caruman ini adalah pekerja tetap tetapi mereka tidak mempunyai pencen.

Pekerja lantikan secara kontrak mempunyai dua iaitu:
  • Kontrak secara bulanan
  •  Kontrak secara gaji hari.

Tuesday, 3 February 2015

MINGGU KELAPAN : SESI PERBINCANGAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

TARIKH : 01/02/2015
Kami diminta untuk melakukan perbincangan projek lada hitam yang bakal diadakan sesi temubual bahagian sumber manusia. Dalam perbincangan ini, kami telah menganalisis dan mengkaji pengurusan sumber manusia melalui bahan bacaan. Kami juga telah merangka soalan yang bakal diajurkan pada sesi temubual nanti.

SESI PERBINCANGAN :
  1. Kepentingan sumber manusia terhadap kejayan sesebuah organisasi memang tidak dinafikan. Sumber manusia yang cekap dan berdaya saing adalah tunjang kekuatan organisasi dalam mengharungi cabaran dunia perniagaan.
  2. Pengurusan sumber manusia yang cekap dan berkesan akan menghasilkan individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya akan meminimumkan masalah sumber manusia. Pengurusan sumber manusia memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber manusia organisasi berjalan lancar dan berdaya saing.
  3. Menurut Huselid (1994), amalan pengurusan sumber manusia akan memberi kesan ke atas prestasi organisasi secara keseluruhannya.
  4. Mondy et.al (2002) mendefinisikan pengurusan sumber manusia merujuk kepada penggunaan sepenuhnya individu untuk mencapai objektif organisasi. Manakala Dessler (1997) mendefinisikan pengurusan sumber manusia sebagai amalan dan polisi yang diperlukan untuk menguruskan individu dalam menjayakan tugasnya.



RUJUKAN :
  1. Buku : Siri Pengurusan Dan Pentadbiran Utusan –Mengurus Sumber Manusia. Penulis : Zafir Mohd Makhbul Dan Fazilah Mohamad Hasun. Penerbit : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd (2003).
  2. Buku : Pengurusan Sumber Manusia. Penulis : June M.L Poon, Terbitan : Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur (2002)

Sunday, 25 January 2015

MINGGU KETUJUH : SESI TEMUBUAL DAN KESIMPULAN BAHAGIAN OPERASI


SESI TEMUBUAL 

Tarikh                          : 19/01/2015
Masa                            : 2.30 petang-4.30 petang
Tempat                        : Lembaga Lada Malaysia Bahagian Bintulu (Pemprosesan)


Nama                           : Charles Welly Jaro
Jawatan                       : Pembantu Ehwal Ekonomi
Video                          :
Gambar                       : 
      
          

KESIMPULAN
                       
Berdasarkan sesi temubual ini kami telah mempelajari pelbagai kaedah, cara pengurusan operasi dan pemprosesan lada hitam dari ladang. Melalui sesi temubual ini dapatlah kami kaitkan dengan projek kami iaitu rancangan perniagaan, Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd.

  1. Proses lada hitam bagi Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd. melalui tiga peringkat iaitu :
    • Penuaian :  dilakukan dari ladang apabila terdapat 1-3 biji buah yang dah masak.
    • Membanting  : lada tidak boleh disimpan lebih dari 2 hari membanting perlu dijalankan bagi mengasingkan tangkai-tangkai lada.
    • Menjemur : tempoh penjemuran selama 3-4 hari.
  2. Proses lada hitam bagi mendapatkan lada berkualiti eksport Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd perlu melakukan tiga pekara iaitu :
    • Menampai : bertujuan untuk mengasingkan saiz lada dengan menggunakan sieve
    • Mengipas : mengasingkan bijian ringan, tangkai, debu dan kulit lada.
    • Spiral separator : pengasingan bijian ringan, debu dan benda asing yang tidak berbentuk bulat.
  3. Pembungkusan dilakukan dengan menggunakan lapisan dalaman menggunakan plastic dibungkus dengan kaedah pemanasan supaya kedap udara. Lapisan beg kertas lapisan luaran akan dijahit.
  4. Gred lada hitam disarawak terdapat dua lebel iaitu :





Thursday, 15 January 2015

MINGGU KETUJUH : SESI PERBINCANGAN BAHAGIAN OPERASI.

TARIKH : 10/01/2015
Kami diminta untuk melakukan perbincangan projek lada hitam yang bakal diadakan sesi temubual bahagian operasi. Dalam perbincangan ini, kami telah menganalisis dan mengkaji pengurusan dan proses operasi melalui bahan bacaan. Kami juga telah merangka soalan yang bakal diajurkan pada sesi temubual nanti.

SESI PERBINCANGAN 
  1. Pengeluaran dapat didefinisikan sebagai mengeluarkan barangan atau perkhidmatan. Fungsi pengeluaran menunjukkan perhubungan antara input dengan output yang bermaksud kuantiti maksimum sesuatu barang yang dikeluarkan pada satu masa tertentu dengan menggunakan kombinasi input yang tertentu.
  2. Pengurusan pengeluaran pula merujuk kepada satu sistem yang mengandungi semua aktiviti-aktiviti yang penting dalam menghasilkan barangan dan perkhidmatan. Sistem pengeluaran ini dipanggil sebagai proses transformasi iaitu proses yang menukarkan input menjadi output dengan mengambilkira maklumbalas dan perubahan daripada persekitaran.
  3. Proses ini memerlukan perancangan, pengarahan dan pengawalan yang cekap daripada pengurusan operasi supaya syarikat dapat memaksimumkan output.
  4. Bagi memudahkan pembelajaran kami telah menggunakan gambahrajah bagi bahagian empat komponen sistem pengeluaran, ketegori input dan output serta ketegori pembuatan keputusan adalah seperti dibawah :




RUJUKAN :  
  1. Buku : Fundamentals of Management, Penulis : Ricky Griffin, Terbitan : South-Western Cengage Lerning.