Thursday, 15 January 2015

MINGGU KETUJUH : SESI PERBINCANGAN BAHAGIAN OPERASI.

TARIKH : 10/01/2015
Kami diminta untuk melakukan perbincangan projek lada hitam yang bakal diadakan sesi temubual bahagian operasi. Dalam perbincangan ini, kami telah menganalisis dan mengkaji pengurusan dan proses operasi melalui bahan bacaan. Kami juga telah merangka soalan yang bakal diajurkan pada sesi temubual nanti.

SESI PERBINCANGAN 
  1. Pengeluaran dapat didefinisikan sebagai mengeluarkan barangan atau perkhidmatan. Fungsi pengeluaran menunjukkan perhubungan antara input dengan output yang bermaksud kuantiti maksimum sesuatu barang yang dikeluarkan pada satu masa tertentu dengan menggunakan kombinasi input yang tertentu.
  2. Pengurusan pengeluaran pula merujuk kepada satu sistem yang mengandungi semua aktiviti-aktiviti yang penting dalam menghasilkan barangan dan perkhidmatan. Sistem pengeluaran ini dipanggil sebagai proses transformasi iaitu proses yang menukarkan input menjadi output dengan mengambilkira maklumbalas dan perubahan daripada persekitaran.
  3. Proses ini memerlukan perancangan, pengarahan dan pengawalan yang cekap daripada pengurusan operasi supaya syarikat dapat memaksimumkan output.
  4. Bagi memudahkan pembelajaran kami telah menggunakan gambahrajah bagi bahagian empat komponen sistem pengeluaran, ketegori input dan output serta ketegori pembuatan keputusan adalah seperti dibawah :




RUJUKAN :  
  1. Buku : Fundamentals of Management, Penulis : Ricky Griffin, Terbitan : South-Western Cengage Lerning. 


No comments:

Post a Comment