Sunday, 8 February 2015

MINGGU KESEMBILAN : SESI PERBINCANGAN BAHAGIAN PEMASARAN.

TARIKH : 08/02/2015
Kami diminta untuk melakukan perbincangan projek lada hitam yang bakal diadakan sesi temubual bahagian pemasaran. Dalam perbincangan ini, kami telah menganalisis dan mengkaji strategik dan pengurusan pemasaran melalui bahan bacaan. Kami juga telah merangka soalan yang bakal diajurkan pada sesi temubual nanti.

SESI PERBINCANGAN :

  1. Pengurusan pemasaran merangkumi perancangan, perlaksanaan dan pengawalan program atau aktiviti pemasaran (strategi) dengan tujuan untuk menyesuaikan sumber-sumber dan objektif organisasi dengan peluang-peluang pasaran yang sentiasa berubah yang terdapat di luar organisasi.
  2. Tujuan pemasaran adalah melakukan pertukaran antara dua pihak iaitu pembeli dan penjual. Pertukaran mengwujudkan tujuan ekonomi kerana ia melibatkan sesuatu yang bernilai antara dua pihak.
  3. Pemasaran sebagai satu proses merancang dan melaksanakan konsep, meletakkan harga, mempromosi dan mengedarkan produk, idea dan servis untuk membentuk pertukaran bagi memenuhi objektif individu atau syarikat dalam dunia keusahawanan terutama dalam dunia persaingan. Secara ringkasnya, pemasaran boleh digambarkan seperti berikut:


No comments:

Post a Comment