TARIKH : 27/02/2015
KESIMPULAN PROJEK
- Jika Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd ingin menjadi pengusaha dan pemilik lada hitam perlulah mendaftarkan syarikat di bawah Skim Peyimpanan Dan Pemilikan Lada (SPPL). Skim ini bertujuan untuk menggawal pemilikan dan meringinkan tekanan jualan lada pada masa hadapan.
- Pemasaran sesuatu produk memerlukan strategik yang unik bagi membolehkan produk tersebut berdaya saing di pasaran kelak. Ciri-ciri keunikan tersendiri amat perlu dipertimbangkan. Bagi Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd telah menggunakan keunikan produk (USP) iaitu merupa satu-satunya pusat pengumpulan produk berasaskan lada hitam dalam satu penjenamaan.
- Promosi yang dilakukan tersebut perlulah bersesuaian dengan jenis produk, masa, keperluan dan kehendak pelanggan. Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd merupakan pengeluaran produk makanan. Produk lada hitam kebiasaannya tidak mempunyai jangkaan permintaan kerana ianya produk kelangsungan hidup. Keperluan dan kehendak pelanggan juga dititikberatkan agak kedua-duanya seiring dengan pengeluaran produk lada hitam Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd.
- Sumber manusia pula, Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd perlu menitikberatkan pemilihan pekerja berkualiti dari segi kecekapan pekerja dan mempunyai pengetahun asas lada hitam. Hal ini kerana sumber manusia merupakan nadi bagi sesebuah organisasi. Pekerja-pekerja perlu diberi latihan pembagunan kerana tanaman lada memerlukan pekerja yang terlatih dan berkemahiran bagi meningkatkan produktiviti Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd.
- Operasi Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd hendaklah dijalankan dengan lancar seperti pengurusan kualiti produk, pengurusan inventori produk dan juga urusan dengan pembekal dan pengedar Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd perlu diberi perhatian agar operasi syarikat tersusun.
- Bagi Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd yang baru memulakan perniagaan bolehlah memohon pinjaman dari pihak bank, MARA dan badan-badan yang memberi pembiayaan perniagaan. Pengurusan kewangan mesti teratur dan segala akaun berkaitan Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd perlulah direkod supaya dapat melihat prestasi syarikat.
No comments:
Post a Comment