SESI
TEMUBUAL
Tarikh : 09/01/2015
Masa :
3.00 petang – 4.00 petang
Nama : Nur Haidir Bin
Razali
Jawatan
: Pegawai Urusan
Latihan Dan Pendidikan Pembagunan Keusahawanan.
KESIMPULAN
Berdasarkan
sesi temubual ini kami telah mempelajari pelbagai infomasi berkaitan pembiayaan
perniagaan yang diberikan oleh MARA kepada sesebuah perniagaan. Melalui sesi
temubual ini dapatlah kami kaitkan dengan projek kami iaitu rancangan
perniagaan, Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd.
- Pihak MARA akan memberi pinjaman kepada usahawan baru apabila sesebuah perniagaan itu mempunyai lesen perniagaaan, telah beroperasi selama 6 bulan yang dikenali sebagai tempoh bernafas perniagaan.
- Pihak MARA bukan sahaja memberi pembiayaan perniagaan dalam bentuk cek iaitu kewangan tetapi pihak MARA juga memberi bantuan dari segi kemudahan pembelian mesin perniagaan dan juga latihan kepada usahawan.
- Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd boleh memohon pinjaman melalui tiga skim di dalam Skop kemudahan pembiayaan perniagaan yang diberikan oleh MARA iaitu:
Skim Pinjaman Putra
- RM 10,000 dan ke bawah
- Diberikan kepada belia dan bekas pelajar MARA
- Berumur 18 tahun hingga 40 tahun
- Konsep ada dua iaitu pembelian mesin dan juga melaui cek (tunai)
Skim Pembiayaan Am
- Memgambil kira kadar keuntungan 6-4 % dengan sekali bayar.
- Dua kaedah pemberian pinjaman iaitu berkala (secara sedikit bergantung pada tahap perniagaan) dan secara lamsam (secara banyak)
Skim Pinjaman Kontrak Express
- Hanya diberikan kepada kontrator bumiputru
- MARA memberi pembiayaan sebanyak 75% dengan kadar untung 4%.
Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd perlu mematuhi syarat-syarat yang diberikan oleh MARA mengikut skim pinjaman dan kadar pinjaman perlu beurusan dengan pejabat Daerah MARA yang berada di mana-mana.
- Pinjaman RM10,000 dan ke bawah perlu mempunyai lesen perniagaan
- Pinjaman RM10,000 dan ke atas perlu beroperasi selama 6 bulan
- Pinjaman RM50,000 ke RM100,000 perlu menjalani ujian psikometri.
Jenis jaminan atau cagaran pemohonan pembiayaan MARA perlu diikuti oleh Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd iaitu :
- Pinjaman RM10,000 dan ke atas tidak perlu penjamin
- Pinjaman RM10,000 dan ke atas perlu penjamin dan perlu bergaji 3% daripada jumlah pinjaman.
Kaedah pembayaran balik Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd perlu menandatangani surat akuan dari pihak MARA yang menyatakan persetujuan kedua-dua pihak dengan kadar pembayaran yang telah ditetapikan dalam surat akuan tersebut.
Faktor pemohonan pembiayaan MARA tidak diluluskan dan pekara yang perlu dielakkan oleh Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd iaitu:
- Nama disenarai hitam dari pinjaman (penjamin dan peminjam)
- Rancangan perniagaan kurang menyakinkan (kabur dan tidak jelas)
- Tingkah laku ketika pembentangan kepada pegawai.
Tujuan rancangan perniagaan diperlukan kerana :
- Melihat susun atur pinjaman
- Tunjukan prestasi dan daya bayar balik pinjaman
- Dapat melihan 50% daripada perjalanan projek
No comments:
Post a Comment