Sunday, 25 January 2015

MINGGU KETUJUH : SESI TEMUBUAL DAN KESIMPULAN BAHAGIAN OPERASI


SESI TEMUBUAL 

Tarikh                          : 19/01/2015
Masa                            : 2.30 petang-4.30 petang
Tempat                        : Lembaga Lada Malaysia Bahagian Bintulu (Pemprosesan)


Nama                           : Charles Welly Jaro
Jawatan                       : Pembantu Ehwal Ekonomi
Video                          :
Gambar                       : 
      
          

KESIMPULAN
                       
Berdasarkan sesi temubual ini kami telah mempelajari pelbagai kaedah, cara pengurusan operasi dan pemprosesan lada hitam dari ladang. Melalui sesi temubual ini dapatlah kami kaitkan dengan projek kami iaitu rancangan perniagaan, Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd.

  1. Proses lada hitam bagi Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd. melalui tiga peringkat iaitu :
    • Penuaian :  dilakukan dari ladang apabila terdapat 1-3 biji buah yang dah masak.
    • Membanting  : lada tidak boleh disimpan lebih dari 2 hari membanting perlu dijalankan bagi mengasingkan tangkai-tangkai lada.
    • Menjemur : tempoh penjemuran selama 3-4 hari.
  2. Proses lada hitam bagi mendapatkan lada berkualiti eksport Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd perlu melakukan tiga pekara iaitu :
    • Menampai : bertujuan untuk mengasingkan saiz lada dengan menggunakan sieve
    • Mengipas : mengasingkan bijian ringan, tangkai, debu dan kulit lada.
    • Spiral separator : pengasingan bijian ringan, debu dan benda asing yang tidak berbentuk bulat.
  3. Pembungkusan dilakukan dengan menggunakan lapisan dalaman menggunakan plastic dibungkus dengan kaedah pemanasan supaya kedap udara. Lapisan beg kertas lapisan luaran akan dijahit.
  4. Gred lada hitam disarawak terdapat dua lebel iaitu :





Thursday, 15 January 2015

MINGGU KETUJUH : SESI PERBINCANGAN BAHAGIAN OPERASI.

TARIKH : 10/01/2015
Kami diminta untuk melakukan perbincangan projek lada hitam yang bakal diadakan sesi temubual bahagian operasi. Dalam perbincangan ini, kami telah menganalisis dan mengkaji pengurusan dan proses operasi melalui bahan bacaan. Kami juga telah merangka soalan yang bakal diajurkan pada sesi temubual nanti.

SESI PERBINCANGAN 
  1. Pengeluaran dapat didefinisikan sebagai mengeluarkan barangan atau perkhidmatan. Fungsi pengeluaran menunjukkan perhubungan antara input dengan output yang bermaksud kuantiti maksimum sesuatu barang yang dikeluarkan pada satu masa tertentu dengan menggunakan kombinasi input yang tertentu.
  2. Pengurusan pengeluaran pula merujuk kepada satu sistem yang mengandungi semua aktiviti-aktiviti yang penting dalam menghasilkan barangan dan perkhidmatan. Sistem pengeluaran ini dipanggil sebagai proses transformasi iaitu proses yang menukarkan input menjadi output dengan mengambilkira maklumbalas dan perubahan daripada persekitaran.
  3. Proses ini memerlukan perancangan, pengarahan dan pengawalan yang cekap daripada pengurusan operasi supaya syarikat dapat memaksimumkan output.
  4. Bagi memudahkan pembelajaran kami telah menggunakan gambahrajah bagi bahagian empat komponen sistem pengeluaran, ketegori input dan output serta ketegori pembuatan keputusan adalah seperti dibawah :




RUJUKAN :  
  1. Buku : Fundamentals of Management, Penulis : Ricky Griffin, Terbitan : South-Western Cengage Lerning. 


Monday, 12 January 2015

MINGGU KEENAM I : SESI TEMUBUAL DAN KESIMPULAN BAHAGIAN KEWANGAN

SESI TEMUBUAL

Tarikh                   : 09/01/2015
Masa                     : 3.00 petang – 4.00 petang
Tempat                  : MARA Bahagian Bintulu



Nama                    : Nur Haidir Bin Razali
Jawatan                 : Pegawai Urusan Latihan Dan Pendidikan Pembagunan Keusahawanan.
Video                    :
Gambar                 : 

KESIMPULAN                     
Berdasarkan sesi temubual ini kami telah mempelajari pelbagai infomasi berkaitan pembiayaan perniagaan yang diberikan oleh MARA kepada sesebuah perniagaan. Melalui sesi temubual ini dapatlah kami kaitkan dengan projek kami iaitu rancangan perniagaan, Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd.

  1.  Pihak MARA akan memberi pinjaman kepada usahawan baru apabila sesebuah perniagaan itu mempunyai lesen perniagaaan, telah beroperasi selama 6 bulan yang dikenali sebagai tempoh bernafas perniagaan.
  2.  Pihak MARA bukan sahaja memberi pembiayaan perniagaan dalam bentuk cek iaitu kewangan tetapi pihak MARA juga memberi bantuan dari segi kemudahan pembelian mesin perniagaan dan juga latihan kepada usahawan.
  3. Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd boleh memohon pinjaman melalui tiga skim di dalam Skop kemudahan pembiayaan perniagaan yang diberikan oleh MARA iaitu:
 Skim Pinjaman Putra
  •  RM 10,000 dan ke bawah 
  • Diberikan kepada belia dan bekas pelajar MARA 
  • Berumur 18 tahun hingga 40 tahun 
  • Konsep ada dua iaitu pembelian mesin dan juga melaui cek (tunai) 
Skim Pembiayaan Am 
  • Memgambil kira kadar keuntungan 6-4 % dengan sekali bayar. 
  •  Dua kaedah pemberian pinjaman iaitu berkala (secara sedikit bergantung pada tahap perniagaan) dan secara lamsam (secara banyak) 
Skim Pinjaman Kontrak Express 
  • Hanya diberikan kepada kontrator bumiputru 
  •  MARA memberi pembiayaan sebanyak 75% dengan kadar untung  4%.  
Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd perlu mematuhi syarat-syarat yang diberikan oleh MARA mengikut skim pinjaman dan kadar pinjaman perlu beurusan dengan pejabat Daerah MARA yang berada di mana-mana. 
  • Pinjaman RM10,000 dan ke bawah perlu mempunyai lesen perniagaan 
  • Pinjaman RM10,000 dan ke atas perlu beroperasi selama 6 bulan 
  • Pinjaman RM50,000 ke RM100,000 perlu menjalani ujian psikometri. 
Jenis jaminan atau cagaran pemohonan pembiayaan MARA perlu diikuti oleh Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd iaitu : 
  •  Pinjaman RM10,000 dan ke atas tidak perlu penjamin 
  • Pinjaman RM10,000 dan ke atas perlu penjamin dan perlu bergaji 3% daripada jumlah pinjaman. 
Kaedah pembayaran balik Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd perlu menandatangani surat akuan dari pihak MARA yang menyatakan persetujuan kedua-dua pihak dengan kadar pembayaran yang telah ditetapikan dalam surat akuan tersebut. 

Faktor pemohonan pembiayaan MARA tidak diluluskan dan pekara yang perlu dielakkan oleh Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd iaitu: 
  •  Nama disenarai hitam dari pinjaman (penjamin dan peminjam) 
  • Rancangan perniagaan kurang menyakinkan (kabur dan tidak jelas) 
  • Tingkah laku ketika pembentangan kepada pegawai. 
Tujuan rancangan perniagaan diperlukan kerana : 
  • Melihat susun atur pinjaman 
  • Tunjukan prestasi dan daya bayar balik pinjaman 
  • Dapat melihan 50% daripada perjalanan projek

Thursday, 8 January 2015

MINGGU KEENAM I : SESI PERBINCANGAN BAHAGIAN KEWANGAN

TARIKH : 30/01/2015
Kami diminta untuk melakukan perbincangan projek lada hitam yang bakal diadakan sesi temubual bahagian kewangan. Dalam perbincangan ini, kami telah menganalisis, mengkaji dan mengenalpasti cara-cara pengurusan kewangan melalui bahan bacaan. Kami juga telah merangka soalan yang bakal diajurkan pada sesi temubual nanti

SESI PERBINCANGAN

  1. MARA iaitu Majlis Amanah Rayat merupakan salah satu intitusi kewangan yang berada di Malaysia yang membantu para usahawan. Pelbagai konsep telah diperkenalkan oleh MARA.
  2. Terdapat banyak skim pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan antaranya ialah Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP), Skim Pembiayaan Komersial, Skim pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE) dan Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM).


  3. Syarat-syarat kelayakan untuk memohon pembiayaan di MARA adalah seperti berikut :

  4. Bagi membuat pemohonan pembiayaan dari pihak MARA para usahawan hendaklah menyediakakn rancangan perniagaan bagi menilai kebolehan membuat pinjaman, berikutnya adalah seperti di bawah :

  5. Proses pemohonan pembiayaan boleh digambarkan seperti gambar di bawah :


RUJUKAN
  1. Portal rasmi Majlis Amanah Rakyat

Tuesday, 6 January 2015

MINGGU KEDUA II : ANALISIS PESAING

TARIKH : 6/01/2015
Kami diminta untuk melakukan perbincangan analisis pesaing syarikat kami dalam projek kami iaitu penyediaan rancangan perniagaan. Dalam perbincangan ini kami telah menyenaraikan nama pesaing dalam industri lada hitam, kelebihan dan kelemahan pesaing.