TARIKH : 2/12/2014
Kami diminta untuk
memcari dan mengumpulkan maklumat dari pelbagai sumber bagi membuat persediaan
dalam penyediaan rancangan perniagaan kami.
LATARBELAKANG INDUSTRI
:
- Sejarah lada di Malaysia, menelusuri sejarah awal penanaman lada di Malaysia sebenarnya telah bermula sejak tahun 1583-an di bawah oleh pihak Potugis lagi dan perkembangan tanaman ini di kepulauan melayu sejak tahun 1650-an.
- Tanaman lada di Malaysia amat terkenal dengan penanaman komoditi ini di negeri Sarawak, Bumi Kenyalang pada tahun 1856-an. Namun, selain Sarawak, tanaman ini juga pernah ditanam di negeri Johor. Tanaman ini mula diberi perhatian sejak tahun 1970-an. Pada ketika itu, Malaysia merupakan pengeksport utama dunia.
- Lembaga Lada Malaysia (MPB) ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 dan dilancarkan pada 1 Januari 2007 untuk mengawal selia, mempromosi dan menigkatkan pasaran lada dan produk tambah nilai lada.
- Pihak Lembaga juga akan terus berusaha memodenkan, meningkatkan kecekapan dan daya saing industri lada di Malaysia di samping memperbaiki sosio-ekonomi dan kesejahteraan penanam lada.
- Lembaga Lada Malaysia mendapat pensijilan HACCP pada 18 Oktober 2010. sistem HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) merupakan satu sistem penilaian dan menjamin sesuatu produk makanan yamg diproses dikeluarkan dalam ke adaan yang selamat dan dapat diguna oleh pengguna. sistem HACCP dilaksanakan oleh (MPB) bertujuan untuk meningkatkan kualiti keselamatan makanan berasaskan lada yang dieksport k luar negara atau pasaran dalam negara.
- Pensijilan ISO untuk aktiviti penggredan lada Sarawak telah berjaya diperoleh sejak 28 Februari 2000 di bawah Jemaah Pemasaran Lada Hitam Malaysia pada waktu itu. Pada 25 MEI 2000, ISO Penggeredan didaftar di bawah BS EN ISO 9001:2000. Pada 2 Disember 2005, ISO Penggredan didaftar semula di bawah MS ISO 9001:2000 merupakan pendaftaran di bawah Malaysian Standards (MS).
RUJUKAN :
- C.F.J. Bong, M.S. Saad, 1986, Pepper in Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Sarawak.
- Laman sesawang Lembaga Lada Malaysia.
rujukan?
ReplyDelete