Wednesday, 17 December 2014

MINGGU KEEMPAT : PERBINCANGAN ANALISIS S.W.O.T


TARIKH: 16/12/2014
Analisis SWOT adalah sesuatu teknik yang mudah membuat pemeriksaan terhadap Kekuatan dan Kelemahan dalaman organisasi dan persekitaran yang berkaitan dengan Peluang dan Ancaman. Ianya merupakan satu alat yang secara umumnya digunakan sebagai asas atau peringkat permulaan bagi membuat keputusan menghala ke arah perancangan strategik sebagaimana yang diperkatakan oleh Johnson (1989): It is general tool designed to be used in the preliminary stages of decision- making and as precursor to strategic planning in various kinds of applications. SWOT adalah suatu teknik atau alat pengurusan yang mudah dan senang difahami digunakan untuk  merumuskan strategi dan juga polisi bagi para pentadbir dan telah lama diperkenalkan. Fred Wiersema menyebut SWOT sebagai It comes from an old term from the planning field (Collett, Stacy,1999).

KEKUATAN 

Analisis mengenai Kekuatan difokuskan mengenai faktor dalaman yang  memberi kesan kepada organisasi seperti  struktur organisasi, pemegang saham, pelanggan  dan juga  pesaing. 

Persoalan dan jawapan yang boleh dikaitkan dalam kekuatan :



Semua persoalan perlu disenaraikan dan diperolehi secara realistik. Perhatian diberi bukan sahaja melalui pandangan pihak pengurusan tetapi juga mengambilkira pandangan mereka yang berurusan dengan organisasi. 


Kekuatan Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd :



KELEMAHAN 

Analisis sudut Kelemahan juga seperti Kekuatan yang merupakan faktor dalaman yang memberi kesan kepada organisasi.

Persoalan dan jawapan yang boleh kiatkan dalam kelemahan :


Pengukuran ini juga perlu dilihat melalui pandangan orang lain yang mungkin tidak dapat dilihat oleh pihak organisasi. Kaedah terbaik perlu berhadapan dengan Kelemahan secepat mungkin bagi memudahkan mencari jalan penyelesaian. 

Kelemahan Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd :



 PELUANG

Peluang adalah merupakan faktor yang berkaitan dengan perkara luaran atau faktor luaran organisasi. Elemen yang mempengaruhinya, adalah berkaitrapat dengan politik, teknologi, ekonomi dan masyarakat.

Persoalan dan jawapan yang dikaitkan dalam peluang :


Peluang dapat diperolehi dan dimanfaatkan juga melalui perubahan pasaran dan teknologi, perubahan polisi kerajaan yang berhubungkait bidang organisasi, perubahan gaya hidup dan seumpamanya.

Peluang Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd :



ANCAMAN

Ancaman seperti juga Peluang yang berkaitan aspek luaran yang dipengaruhi oleh elemen  politik, teknologi, ekonomi dan masyarakat dan sebagainya.

Persoalan dan jawapan yang boleh dikaitkan dalam ancaman :


Dengan membuat analisis terhadap Ancaman ianya mernberi gambaran lebih jelas mengenai  apakah keperluan yang perlu dilakukan dan meletakkan atau melihat permasalahan dalam perspektif yang betul.

Ancaman Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd :



RUJUKAN :

  1. Johnson, G., Scholes, K.,& Sexty, R.W (1989) Exploring Strategic Management. Scarborough, Ontario: Prentice Hall. 
  2. Collett, Stacy -- Bussiness Plan Management, Computerworld, 07/19/99, Vol 33 Issue 29, p58,Ip. 

No comments:

Post a Comment