Sunday, 28 December 2014

MINGGU KELIMA : PERBINCANGAN TEMPAT UNTUK SESI TEMUBUAL

TARIKH : 23/12/2014
Kami diminta untuk melakukan perbincangan projek lada hitam yang bakal diadakan sesi temubual. Dalam perbincangan ini, kami telah menyenaraikan tempat temubual, mengkaji latar belakang kedai dan mengenalpasti bahagian-bahagian temubual.


BAHAGIAN PEMASARAN
Lembaga Lada Malaysia Cawangan Bintulu
Kedai cenderahati
Kedai Roti Nina Bakery

 BAHAGIAN OPERASI
Kedai makan
Kedai Roti Nina Bakery
Sing Swong

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
CIMB Bank
Hotel Parkcity Everly
Farley

BAHAGIAN KEWANGAN
MARA Bintulu
Tekun Nasional
Parkcity Everly Hotel

Wednesday, 17 December 2014

MINGGU KEEMPAT : PERBINCANGAN ANALISIS S.W.O.T


TARIKH: 16/12/2014
Analisis SWOT adalah sesuatu teknik yang mudah membuat pemeriksaan terhadap Kekuatan dan Kelemahan dalaman organisasi dan persekitaran yang berkaitan dengan Peluang dan Ancaman. Ianya merupakan satu alat yang secara umumnya digunakan sebagai asas atau peringkat permulaan bagi membuat keputusan menghala ke arah perancangan strategik sebagaimana yang diperkatakan oleh Johnson (1989): It is general tool designed to be used in the preliminary stages of decision- making and as precursor to strategic planning in various kinds of applications. SWOT adalah suatu teknik atau alat pengurusan yang mudah dan senang difahami digunakan untuk  merumuskan strategi dan juga polisi bagi para pentadbir dan telah lama diperkenalkan. Fred Wiersema menyebut SWOT sebagai It comes from an old term from the planning field (Collett, Stacy,1999).

KEKUATAN 

Analisis mengenai Kekuatan difokuskan mengenai faktor dalaman yang  memberi kesan kepada organisasi seperti  struktur organisasi, pemegang saham, pelanggan  dan juga  pesaing. 

Persoalan dan jawapan yang boleh dikaitkan dalam kekuatan :



Semua persoalan perlu disenaraikan dan diperolehi secara realistik. Perhatian diberi bukan sahaja melalui pandangan pihak pengurusan tetapi juga mengambilkira pandangan mereka yang berurusan dengan organisasi. 


Kekuatan Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd :



KELEMAHAN 

Analisis sudut Kelemahan juga seperti Kekuatan yang merupakan faktor dalaman yang memberi kesan kepada organisasi.

Persoalan dan jawapan yang boleh kiatkan dalam kelemahan :


Pengukuran ini juga perlu dilihat melalui pandangan orang lain yang mungkin tidak dapat dilihat oleh pihak organisasi. Kaedah terbaik perlu berhadapan dengan Kelemahan secepat mungkin bagi memudahkan mencari jalan penyelesaian. 

Kelemahan Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd :



 PELUANG

Peluang adalah merupakan faktor yang berkaitan dengan perkara luaran atau faktor luaran organisasi. Elemen yang mempengaruhinya, adalah berkaitrapat dengan politik, teknologi, ekonomi dan masyarakat.

Persoalan dan jawapan yang dikaitkan dalam peluang :


Peluang dapat diperolehi dan dimanfaatkan juga melalui perubahan pasaran dan teknologi, perubahan polisi kerajaan yang berhubungkait bidang organisasi, perubahan gaya hidup dan seumpamanya.

Peluang Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd :



ANCAMAN

Ancaman seperti juga Peluang yang berkaitan aspek luaran yang dipengaruhi oleh elemen  politik, teknologi, ekonomi dan masyarakat dan sebagainya.

Persoalan dan jawapan yang boleh dikaitkan dalam ancaman :


Dengan membuat analisis terhadap Ancaman ianya mernberi gambaran lebih jelas mengenai  apakah keperluan yang perlu dilakukan dan meletakkan atau melihat permasalahan dalam perspektif yang betul.

Ancaman Syarikat Lada Hitam DAA Sdn. Bhd :



RUJUKAN :

  1. Johnson, G., Scholes, K.,& Sexty, R.W (1989) Exploring Strategic Management. Scarborough, Ontario: Prentice Hall. 
  2. Collett, Stacy -- Bussiness Plan Management, Computerworld, 07/19/99, Vol 33 Issue 29, p58,Ip. 

Sunday, 14 December 2014

MINGGU KETIGA : PERBINCANGAN LATARBELAKANG PERNIAGAAN

TARIKH : 9/12/2014
Kami diminta untuk melakukan perbincangan latarbelakang perniagaan yang akan ditubuhkan dalam projek kami iaitu penyediaan rancangan perniagaan. Dalam perbincangan ini kami telah menyenaraikan keperluan asas dalam penubuhan perniagaan.

LATARBELAKANG PERNIAGAAN :
  1.   Nama Projek               : Lada Hitam
  2. Nama Perniagaan        : Lada Hitam DAA Sdn. Bhd  
  3.  Jenis Perniagaan          : Perniagaan Syarikat Persendirian.
  4. Jenis Pendaftaran         :  Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Syarikat 1965
  5. Syarat Penubuhan        
  6. Cara Penubuhan           
  7. Visi Perniagaan            : Peneraju Produk Lada Hitam Malaysia.
  8. Misi Perniagaan          
  9. Objektif perniagaan     :
  10. Logo Perniagaan         :
  11. Alamat Perniagaan      : Kampung  Sebangki, Jalan Lubuk Antu, 9500 Sri Aman,Sarawak.
  12. No.Telefon                  : 022-999991
  13. No. Faks                      : 022-917001
  14.  E-mail Perniagaan       : ladahitamdaa@gmail.com
  15. Carta Organisasi          :
RUJUKAN :
  1.  Buku Undang-Undang Syarikat Malaysia, penulis Aishah Bidin, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2001.
  2. Buku Undang-Undang Perniagaan, Akta Syarikat 1965 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.


Thursday, 4 December 2014

MINGGU KEDUA : PENCARIAN MAKLUMAT LATARBELAKANG INDUSTRI


      TARIKH : 2/12/2014
Kami diminta untuk memcari dan mengumpulkan maklumat dari pelbagai sumber bagi membuat persediaan dalam penyediaan rancangan perniagaan kami.

LATARBELAKANG INDUSTRI :
  1. Sejarah lada di Malaysia, menelusuri sejarah awal penanaman lada di Malaysia sebenarnya telah bermula sejak tahun 1583-an di bawah oleh pihak Potugis lagi dan perkembangan tanaman ini di kepulauan melayu sejak tahun 1650-an. 
  2. Tanaman lada di Malaysia amat terkenal dengan penanaman komoditi ini di negeri Sarawak, Bumi Kenyalang pada tahun 1856-an.  Namun, selain Sarawak, tanaman ini juga pernah ditanam di negeri Johor. Tanaman ini mula diberi perhatian sejak tahun 1970-an.  Pada ketika itu, Malaysia merupakan pengeksport utama dunia.
  3.  Lembaga Lada Malaysia (MPB) ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 dan dilancarkan pada 1 Januari 2007 untuk mengawal selia, mempromosi dan menigkatkan pasaran lada dan produk tambah nilai lada.
  4. Pihak Lembaga juga akan terus berusaha memodenkan, meningkatkan kecekapan dan daya saing industri lada di Malaysia di samping memperbaiki sosio-ekonomi dan kesejahteraan penanam lada.
  5. Lembaga Lada Malaysia mendapat pensijilan HACCP pada 18 Oktober 2010. sistem HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) merupakan satu sistem penilaian dan menjamin sesuatu produk makanan yamg diproses dikeluarkan dalam ke adaan yang selamat dan dapat diguna oleh pengguna. sistem HACCP dilaksanakan oleh (MPB) bertujuan untuk meningkatkan kualiti keselamatan makanan berasaskan lada yang dieksport k luar negara atau pasaran dalam negara.
  6. Pensijilan ISO untuk aktiviti penggredan lada Sarawak telah berjaya diperoleh sejak 28 Februari 2000 di bawah Jemaah Pemasaran Lada Hitam Malaysia pada waktu itu. Pada 25 MEI 2000, ISO Penggeredan didaftar di bawah BS EN ISO 9001:2000. Pada 2 Disember 2005, ISO Penggredan didaftar semula di bawah MS ISO 9001:2000 merupakan pendaftaran di bawah Malaysian Standards (MS).






      

       RUJUKAN :
  1. C.F.J. Bong, M.S. Saad, 1986, Pepper in Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Sarawak.
  2. Laman sesawang Lembaga Lada Malaysia.

Thursday, 27 November 2014

MINGGU PERTAMA : CADANGAN DAN PEMILIHAN PROJEK PERNIAGAANTANI


TARIKH : 25/11/2014.
Kami diminta untuk menyediakan rancangan perniagaan melalui blog. Pada minggu pertama kami telah membuat perbincangan berkaitan cadangan dan pemilihan projek. Untuk makluman projek ini hendaklah mempunyai unsur-unsur pertanian dan perniagaan. Kami telah memberi cadangan untuk dihantar kepada pensyarah bagi mendapatkan kelulusan tajuk projek.


CADANGAN PROJEK :

1.      Tajuk projek               : Lada hitam
                        Sebab cadangan          : Lada hitam adalah tamaman yang popular di Sarawak                                                             dan pelbagai produk dapat dihasilkan melalui lada hitam
     Gambar                        : 



                2.          Tajuk projek                : Sarang burung
      Sebab cadangan           : Produk ini mempunyai permintaan tinggi dan biasanya  
                                            pengusaha sarang burung dimonopoli oleh kaum cina.
     Gambar                         : 


               3.      Tajuk projek                : Cupcake 
                     Sebab cadangan           : Cupcake adalah makanan kesukaan masyarakat Malaysia.  
                    Gambar                         : 
                

                
NAMA PROJEK : 

Lada Hitam (diluluskan oleh pensyarah)